"Makmal Patologi" Hospital Kuala Lumpur (HKL) Terbakar Tengahari Tadi kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan dipercayai makmal patologi Hospital Kuala Lumpur dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLCC, Hang Tuah, Titiwangsa dan Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai 40 kekuatan terdiri daripada pegawai dan anggota JBPM Kuala Lumpur terlibat dalam operasi itu.

Difahamkan, bilik rekod dan data di makmal patologi itu terlibat dalam kebakaran tersebut.

“Setakat ini, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu. #sumber

Subscribe to receive free email updates: