Kedai emas rugi RM1 juta dilarikan perompak kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SEREMBAN: Sebanyak sembilan dulang barang kemas bernilai lebih RM1 juta dilarikan enam penjenayah dalam satu rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Kemayan Square di sini malam tadi.
 
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, ketika kejadian terdapat seorang pengawal keselamatan bersenjata yang mengawal premis berkenaan namun tidak mampu menghalang perompak terbabit selepas diacukan pump gun oleh seorang suspek. 
 
“Kejadian pada pukul 8.43 malam itu berlaku hanya dalam tempoh satu minit dan kesemua suspek memakai topi keledar serta pakaian warna gelap. 
 
“Siasatan awal mendapati empat daripada suspek memasuki pusat beli-belah menggunakan pintu masuk tingkat bawah dan terus menuju ke kedai emas yang jaraknya cuma kira-kira 50 meter dari pintu masuk itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 
 
Mengulas lanjut Hock Poh yang dipetik Utusan Malaysia berkata, ketika rompakan suspek yang memegang pump gun berkawal di depan kedai emas terbabit.
 
Dua lagi suspek yang bersenjatakan pistol dan tukul besi serta seorang memegang beg meluru masuk ke dalam premis untuk mengambil barang kemas.
 
 

Subscribe to receive free email updates: