BEKAS PENGASAS PPBM DEDAH SEBAB UTAMA TUN MAHATHIR KEMBALI KE ARENA POLITIK NEGARA...
Tun Mahathir tidak yakin dengan kemampuan anaknya, Mukhriz, untuk survive dalam kancah politik negara, apatah lagi untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia...
Inilah sebab utama kenapa Tun M tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa terjun kembali, bergelumang dalam politik Malaysia...
Seperti juga abang2nya yg lain, Mukhriz bukanlah dilahirkan dengan bakat istimewa untuk menjadi pemimpin negara yang disegani dan berpengaruh, atau setidak-tidaknya mewarisi kelebihan yg mungkin ada pada diri ayahnya, Tun M...
5 Ketua Penaja Srikandi PPBM umum keluar parti... |
Tun M sendiri sudahpun 'kehilangan' 2 aset pentingnya, yakni Mirzan dan Mokhzani yg kecundang dipukul badai demokrasi... yg tinggal hanyalah Mukhriz, satu-satunya waris yg menjadi harapan untuk meneruskan kesinambungan legasi Tun Mahathir...
Tun M sudahpun beberapa kali cuba untuk menyerap masuk Mukhriz ke dalam tampuk pemerintahan kjaan, sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO... Mukhriz cuba dibawa masuk melalui akar umbi, namun rebah ketika perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian...
Walaupun tewas, Mukhriz mendapat tiket 'wild card' mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia... walaupun berpeluang untuk menang di peringkat awal, namun disebabkan kemunculan DS Mohamad Khir Toyo di saat akhir, ia menyebabkan sokongan terbelah dua, sekaligus memberi kemenangan mudah kpd Khairy Jamaluddin...
Gagal mendapat tempat dalam UMNO bukan penghalang, selagi mana beliau masih berbinkan Tun Mahathir... Mukhriz masih diberi peluang menjawat jawatan Timbalan Menteri MITI, walhal ketuanya dalam pemuda, tidak pun diberi tempat dalam kabinet...
Menjelang PRU13, sekali lagi Mukhriz diangkat, kononnya bakal menjadi pencetus kepada kebangkitan UMNO Kedah... barisan kepimpinan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yg bertungkus lumus berjuang untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS terpaksa berkorban, menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada Mukhriz, hanya kerana Mukhriz itu berbinkan Tun Mahathir...
Harapan Tun M, agar Mukhriz bijak menggunakan kekuatannya selaku MB Kedah, mendapatkan sokongan UMNO dalam perebutan 1 daripada 3 kerusi Naib Presiden UMNO...
Sekali lagi Mukhriz GAGAL... dan kegagalan ini telah membuka mata Tun M, menjadikan Tun M sedar bahawa anaknya, Mukhriz tidak mempunyai bakat dan kebolehan dalam politik dan kepimpinan...
Tidak boleh tidak, demi kelestarian survival politik legasi Tun Mahathir, beliau MESTI kembali ke kancah politik... sekalipun terpaksa menjadi duri dalam daging, mahupun biawak lidah bercabang...
#SahabatSMB