Kajian INVOKE Berat Sebelah? kabarmalay3.blogspot.com

Rafa Azmir

kajian


Seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia hari ini meluahkan keraguan terhadap penemuan terbaru kajian Invoke yang berkaitan dengan PKR.

Profesor Madya Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata kaedah kaji selidik itu cacat kerana soalan yang dikemukakan dalam kaji selidik itu adalah berat sebelah.

“Mereka berkata dapat 17,000 responden daripada 100,000 yang dihubungi. Ramai yang tidak menjawab.

“Saya tahu mengapa mereka tidak menjawab: Ini kerana soalan-soalan sangat berat sebelah terhadap Pakatan Harapan dan pada masa yang sama sangat kritikal terhadap BN,” katanya dalam sebuah forum anjuran akhbar Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Atas sebab itu, Mohd Azizuddin berkata, beliau tidak mempercayai penemuan kaji selidik itu yang gagal memberi gambaran sebenar mengenai pendapat orang ramai.

Kaji selidik, katanya sewajar mempunyai soalan-soalan positif dan negatif yang seimbang supaya maklumat lebih tepat tentang pemikiran orang ramai dapat diketahui, kata pensyarah itu.

Pada 20 Julai lalu, tinjauan Invoke mendapati sokongan terkini pengundi Melayu terhadap BN dan Pakatan Harapan kini hampir sama.

Ia mendapati sebanyak 35 peratus pengundi Melayu kini menyokong BN, kurang 1 peratus berbanding Pakatan Harapan yang mendapat 36 peratus.


Subscribe to receive free email updates: